Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin memberitahu, lima pasukan kesihatan akan diterbangkan ke Long Jeeh, esok.
Mereka terdiri daripada masing-masing dua doktor dan pemeriksa kesihatan serta seorang jururawat.
Mereka dijadual berlepas pada pukul 8.30 pagi menaiki helikopter milik syarikat Hornbill Skyways dan Layang-Layang Aerospace.